Pages

besday

Lilypie Kids Birthday tickers

27 November 2010

BaD dAY 4 mE

aduhai.....teruk sangat aku nie. 2 bad thing happen to me today. firstly, selepas aku ke kenduri member sekolah di dewan warisan (ezreen muhaizie & dr.arini dahlia), aku ke pasaraya aneka nak beli barang sikit. selepas tu mak aku ajak ke kedai kain di seberang jalan. pada mulanya anis taknak ikut, so aku tinggalkan dia dengan kunci masih d keta. tetiba ja aku tgk dia keluar lak nak ikut. alamak...aku dah kunci keta.ingatkan dia taknak pi aku tinggalkan kunci untuk dia untuk dia dengar radio. bengang pun ada takut pun ada. yelar takut kena marah... nak di tambahkan perisa, kunci spare duk dalam bag n bag lak aku letak dalam keta. aku call ayah minta tolong, mmg kena ceramah habis. lg teruk bila aku bg tau pasal kunci spare. huhuhu...... pastu dia cakap kawan dia datang nanti. so aku pegi kedai kain dulu. tp hati mmg takut. takut kena marah dengan ayah. (aku mmg amat takut dengan ayah aku bila dia marah). masa di kedai kain tu pun aku tak ambik bab sangat kain2 kat situ. yelar kepala aku duk pikir, pikir, pikir n pikir apa yang aku akan kena dengan ayah aku. lepas habis beli kain, aku pun jalan ke keta. tetiba ja aku rasa kasut aku dah longgar. aduh.............kasut pulak putus lak. baru pakai tak sampai sebulan dah putus lak. ni mesti sebab masa banjir almari kasut terjatuh dalam air. mak aku lak dah di seberang jalan. aku call anis suh dia beli kasut di aneka.aku tunggu lar di seberang cni dengan kasut yang hampeh tu. lepas mak aku beli selipar, aku pun ke keta. ayah aku belum sampai. 5minit tunggu baru dia sampai. muka dia mmg marah. aduh padan muka aku. dah tu susah nak buka lak tu. lg la aku kena. bukan ayah aku sorang je yang mai, orang lalu lalang pun datang tolong. terima kasih bebanyak. jumpa lak dengan kak ija, julia n adik zai. lamanya tak jumpa diorang. dah makin montel ju n adik. tak lama lepas tu kawan ayah pun sampai. tak sampai 5 minit dah siap. mc gaver betul la diorang ni. lepas tu, aku terus ke kedai kunci. aku buat 3 kunci spare.uncle tu siap kata kat aku, "kunci selalu hilang ker" n aku pun balas "a'a..mmg pun". padahal aku malu nak cita, aku baru ja lepas kisah TERTINGGAL KUNCI DALAM KETA.....

sPm oH SpM


Spm dah seminggu melanda. tahun ni giliran adik aku lak yang ambik spm. dia ambik aliran akaun. tp dia tak study teruk2 pun. cm besa ja. huhuhu................aku nak ajar pun dah lama tinggal.banyak dah lupa.so tak dapat la aku nak tolong. paper mate pun aku rasa dah semakin susah dr zaman aku dulu. tp ilmu yang masih terlekat dalam kepala aku ajar la. harap2 dia dapat result lebih berjaya dr aku sebab aku dulu main2 banyak. mana taknya,time spm pun aku masih duk sibuk tgk tv lg. that why la aku kurang berjaya. hehehehehe..............

18 November 2010

BanjiR oH baNjiR

Pada 2/11/2010 hingga 9/11/2010 (8 hari), rumahku dilanda banjir yang sangat teruk. lebih teruk dr 2005 menyebabkan kami terpaksa berpindah ke rumah sedar di bohor temak. rumah aku air naik lebih kurang paras pinggang. itu pun masa hari kedua. ayah aku cakap hari yang berikutnya lagi teruk. ayah aku hari2 balik tengok rumah sebab bukan semua barang kami angkat ke rumah atas. motor pun kami letak kat rumah beralaskan 3 lapis bata. dalam rumah bawah lak naik sehingga paras lutut. mmg susah kalu kami ttp menginap di rumah sebab bilik air di rumah bawah.

Dekat ofis aku pun truk gak air naik. naik dekat kawasan sekitar ptg. aku tau pun duk tgk gambar2 kawan ofis yang rajin pi melawat ofis ja. mmg berbakti betul diorang tu. aku menumpang di rumah sedara aku di bohor temak. rumah dia pun naik air gak tapi paras atas ckit ja dari buku lali. tak masuk rumah pun sebab rumah dia tinggi. tapi yang paling tak tahan kawasan rumah diorang banyak lintah.ewh...........hakim (anak sedara) dua hari berturut-turut kena lintah. time kena nangis giler2. tp mmg kes tak serik punya. dia main air dr pagi sampai petang non stop. biarla, bukan senang dia nak jumpa banjir pulak.

Kenangan yang paling aku tak leh lupa masa banjir ni ialah aku buat ekspidisi dr hutan melintang ke bohor temak dengan jalan kaki jer. hehehehe.............letih memang lar tapi best sesangat. mak aku kuar rumah dr pagi sebab pegi keja. so tinggal aku, anis n ayah ja di rumah.lebih kurang pukul 3, aku jenguk kat luar org kg aku siap pindah keluar. aku pun takut lar.ayah aku suruh aku n anis pindah pegi pada mak di bohor temak. ayah aku nak jaga rumah. so lepas paking barang, aku pun keluar meredah air untuk ke jalan raya. dekat kawasan rumah aku paras pinggang. dekat jalan ban baru paras peha. tak nampak jalan. tawakal je la. raba jalan pakai kaki n kayu yang anis bawa. memang bahaya sebab jalan tu di tengah bendang. kalu kami jatuh mmg hapus kepala.

Sampai ja di jalan raya, aku telefon mak cakap yang kami dah keluar. mak cakap dia akan cari bantuan. tapi aku nak jalan jugak, so aku pun mula xpdc ni. melawat kawasan sekeliling yang pnh dengan air. air terlalu banyak sehingga naik ke jalan raya. sampai di kawasan alor tok terang, air melimpah kt atas jln raya mmg laju sangat. moto pun kena hati2 takut tergelincir. pastu kami sampai di Sek. Dato Ali Ahmad. kami jumpa ada org jalan n tahan pukat ramai kat situ.paling tak tahan banyak ular tanah lekat kat pukat tu. ewh.........

Kami berehat sebentar di sekolah td. penat jalan dalam air. nampak kereta kau n kereta ayah aku duk bersantai di sekolah tu. lepas 10 minit rehat kami pun jalan lgi. lepas ja titi di bohor gonchar, mmg bnjie teruk sampai atas jalan. paras lutut gak la. tawakal je la sebab duk teringat ular tanah td. kali ni air naik atas jalan dr titi dekat sekolah td sampai ke taman gonchar. berjalan la kami berdua sampai ke bohor temak. sesampai ja di destinasi tu, bnda pertama kami minta tentulah air. jalan dalam air lg penat drp berjalan biasa. mak aku ckp dia tahan banyak keta, lori, 4wrd drive, dll semua tak mau behenti.ada yang cakap, kami jalan2 ja, ada yang cakap tak lalu kawasan tu la, mcm2 lagi lah.

so layan lah gambar kenangan banjir yang telah aku candid......................

pada 2/11/2010
air mula masuk sedikit demi sedikit ke kawasan rumah

halaman rumah yang dah di naiki air (7.00 mlm)

pada 3/11/2010
terkejut aku, bangun pagi ja dah jadi macam ni.

kawasan depan rumah

kawasan bawah rumah

kawasan belakang rumah

mak pegi keja (11.00 pagi)

pukul 12.30 tgh hari. gazebo mak n ayah dah ditenggelami air

keadaan rumah ketika aku mulakan xpdc

rumah jiran aku

kedai runcit dan bengkel yang teruk dinaiki air

jalan raya di hadapan rumah yang turut dinaiki air

rumah ditepi sawah dh jd rumah tepi pantai

dekat mana pun leh masak kalu dah darurat

kedai lepak2 warga veteran time pagi

air yang laju di alor tok terang

butik n bengkel besi yang tenggelam

di bohor gonchar

kawasan hadapan SERI TEMAK

danisya sofea yang suka sangat main air. tp bila jumpa cacing terus tak mau main air dah.

pada 4/11/2010
bersiap sedia untuk pergi jalan2 melawat banjir

sampai atas trekta pun leh jd tmpat duduk

atas lori sedara

rasanya keta ni jatuh lopah kot. senget semacam ja

alahai............lagi teruk la kerosakan kereta ni.

hoe hua auto s/b

dewan undangan. aik....dah takda parit

kawasan gua cenderawasih yang turut dinaiki air

dewan budaya

petronas jalan raja syed alwi

hahahahaha..............lori mpk pun dah bawak orang

cuba perhati betul2 pada signboard tu

sebuah kembara........

mada bohor temak

teras maju...tmpat keja aku dulu2

perkuburan bohor temak

eh..eh..macam kenal la keta tu
ayah aku la tu tgh menjala ikan

my sweet home..................

kedai runcit helmi

pada 6/11/2010
balik nak basuh rumah tp takleh sebab air masih tinggi dalam rumah

si daniel pun dah bertudung sebab hujan

posing jer

peace for Malaysia

kenangan terindah

my home...

pulau ker......

rumah jiran

ayah n mak



pada 7/11/2010
kami dah pulang...........

adi n ain tak lepas peluang main banjir

amboi......siap posing peace lagi

motersikal @ motorboat

pada 8/11/2010


pada 9/11/2010
air dah 90% surut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails