Pages

besday

Lilypie Kids Birthday tickers

26 December 2011

Hati Ini tELah DimiLiKi

Seronoknyerr...
Hati aku sedang berbunga....Tuhan dah anugerahkan aku seorang jejaka untuk mengisi ruang2 kosong kat hati ni...sidia mmg baik sangat..

Maziafis...
Terima kasih kerana telah membuatkan hati ini terasa ceria setiap hari...Luv u so much..

07 June 2011

nAsiB bAdAn

Sememangnya aku bersyukur sangat sebab ada blog ni. aku mmg tak da orang nak dengar masalah aku, kongsi masalah aku, even i didn't have shoulder for crying...... ;( even my mother cannot be my shoulder...aku selalu simpan masalah dalam hati...tapi aku orang yang selalu di cari sekiranya orang di sekitar aku ada masalah...im that shoulder 4 them....biarpun blog ni tak mampu selesai masalah aku tapi sekurangnya aku ada tmpat untuk cerita masalah aku...sambil cerita sambil nangis...

bila tiba ja musim kenduri aku paling nyampah n benci..bukannya apa..mak aku akan bezakan aku dengan orang lain (yang berkahwin)...maksud mak aku mcam anggap aku ni anak dara tak laku..tua sangat ker aku ni dah 26thn blm kawin lagi...even my fren always ask me bout married...boleh dikatakan setiap hari...balik keja ja bru nak relax badan mak dah berleter...adus...aku mmg benci bila dileter...sebab tu aku banyak mendiam di rumah...

perwatakan aku di rumah n di tempat keja mmg berbeza...di tempat keja aku seorg happy go lucky...di rumah lak aku pendiam, serius, n berbeza lah dr tmpat keja. aku tension sebenarnya bila di rumah...sebab mak selalu memperlekehkan aku.aku mmg anak yang paling hodoh antara 3 bradik..gemuk, tak lawa, n semua yang teruk lah...kiranya susah untuk mak aku nak puji aku...macam ada ketul mas dalam mulut...bnda ni mmg dr aku kecik mak aku jarang bangga dengan aku....

sekarang ni mak ari2 duk sibuk kempen kat aku ubat kurus...aku terus terang ckp kat mak bukannya tak minat tapi duit belum mencukupi...bil rumah semua aku tanggung..motor, ptptn, loan asb, loan personal...tapi mak aku ttp tak paham...aku nak buh minyak keta pun terpaksa mengemis...inikan pula nak makan ubat kurus yang harga beratus...dulu aku leh tampung minyak keta dengan ot. tapi opis aku sekarang dah tak bayar ot..so aku mmg mengemis ckit ar..tu pun mak aku leter ckp aku boros...aku ni kuar mlm pun tak, karaoke n bowling pun tak layan, mmg hidup aku tak da entertainment...tupun mak aku tak nampak kebaikan aku..keburukan aku jugak yang di ketengahkan....

semakin hari aku semakin tension...i really really really need shoulder for crying...even when i write this pun mmg tgh nangis...

16 March 2011

OH.....BLACKBERRY


aku memang tak pandai saving duit la. aku baru pakai blackberry 9870 (bold 3) tak sampai sebulan terus swap dengan bdk uitm n topup rm450.00. kalu tau kat mak aku....habis la aku...

aku jual bb tu ada banyak sebab
- rumah aku susah untuk coverage 3g celcom
- nak pasang internet di hp sangat mahal (celcom pekej 50 + 68 = rm118 setiap bulan)
- bb sebenarnya tak banyak funtion
- wifi dia kalu tmpat yang line tak clear dia akan tolak duit ( sebagai bukti bill aku kena rm90.00 lebih kerana aku buka wifi di langkawi seaview)

so aku ambik langkah untuk jual....aku swap dengan nokia e72 dengan seorang budak uitm (baik sangat dah macam adik sendiri)....rugi ckit ar sebab hp aku blm ada calar lg tp hp dia dah ada ckit tp masih berkeadaan elok.

bukan aku tak menggalakkan korang untuk tidak membeli bb bold 3 tp jangan jd cm aku. beli terus tanpa survey......

05 March 2011

Citer ALBINO plak.......!!!!

Salam...
Lama tak tulis blog. busy sesangat.keja banyak lar... mana dengan partner keja yang tak boleh bekerjasama n malas.

Semalam ada 1 lg crew datang rumah untuk shooting drama ALBINO insyaAllah akan ditayangkan pada bulan Jun di TV2. cerita ni mengisahkan seorang budak yang berpenyakit albino ditinggalkan oleh ayahnya kepada keluarga angkat sejak kecil. pabila anak ni dah remaja, dia nekad untuk mencari ayah kandungnya di atas dorongan keluarga angkatnya. kononnya citer ni perjalanan dari perlis hingga ke johor lah dia mencari ayah kandungnya.

crew yang datang kali ni sorang pun au tak kenal.pelakon2 tu plak aku cuma kenal muka ja.nama langsung tak ingat.yang kenal cuma sorang iaitu ZAIDI OMAR yang memegang watak sebagai pak harun iaitu ayah angkat kepada bdk si albino ni.


aku tak candid pun gambar diorang sebab diorang banyak shooting time aku keja.so saja2 nak minta tangkap gambar mmg aku malas ar. so apa2 hal korang tunggu lah kecumculan citer ni ek.

10 February 2011

Aku di tIndaS @ TerTinDaS......?

Bunyi tajuk cam pelik itulah realiti yang aku hadapi sekarang. tapi bukan dirumah (coz I luv my family very much) tp masalah ni berlaku di pejabat yang sedang aku cari rezeki. geram sesangat memikirkannya. eeeee..........gggrrrrr.......................
aku ada mber seperjuang ni (tp aku ja yang berjuang), Mr.Lazy ni nak kata malas memang malas, nak kata rajin memang tak ler, nak kata ringan tulang n rajin membantu sememang sebaliknya lah.aku memang bengang betullah dengan Mr.Lazy ni. tahun pertama aku kerja dengan dia, aku tak lah nampak sangat kemalasan dia.

tapi kemalasan dia memuncak pada tahun 2010 n sejak dia jd presiden 1 kelab bodo.hatinya dan semangat Mr.Lazy hanyalah untuk kelab bodo tu (geramnya aku).keja dia semua dah lalai. selalu takda kat ofis,tak datang keja n paling hangat selalu ponteng time keja (hanginnya aku). kemalasan dia membuatkan keja banyak tertangguh n unit kitaorg digelar unit yang paling bermasalah hanya semata2 berpunca dr dia.

Mr.Lazy ni seorang yang sangat-sangat sensitif. dia memang tak tahan lawak2 yang kasar. penah la aku melawak ckit, terus terasa sehingga ke tulang rusuk n yang paling penting dia terus 'block user' fb aku. memang lawak lar.au ingat aku ja mangsa alam ni, rupa-rupanya ada sesetengah kawan yang lebih akrab dengan dia pun kena remove dr fb oleh kerana tak tahan lawak.

aku heran kenapa sampai sekarang kenapa my bos n my cc tak menegur n tak pernah ambik tindakan apa2 pun.sehinggakan nama baik unit kami di telah menjadi teruk pun diorang tak tak kata apa2.kecian la kat diorang.aku nak tolong tegur pun sapa la aku ni. tapi aku sekarang dengan dia memang kata main lepas ja. alang2 dia kuat terasa, biar dia terus terasa.

sekarang ni ada lak pembela terhormat Kak Kaya duk bela dia.walaupun diorang sama darjat tak semestinya diorang layak nak menilai darjat yang rendah macam kami.membela yang buruk n mengarah2 orang cm aku.kekadang aku bengang, belajar tak mau, tp bila ada masalah cari kita.sehinggakan aku tak sempat berehat langsung walaupun time rehat sepatutnya dr kul 1-2.

aku berdoa agar orang ini senantiasa sedar bahawa tak selalu mereka di atas n jangan ingat orang dibawah takkan sampai di atas. AMIN...............

Tuhan Berikan Aku Cinta

Syahdu sungguh bila pertama pertama kali aku baca post ni di fb aku.ikhlas sungguh orang ini mencintai pasangannya.aku lak macam mana.bila aku nak didatangi pasangan sehidup semati dengan aku.argh....semakin hari semakin tension memikirkannya.mana taknya, umur aku dah 26 tapi masih belum mempunyai calon peneman hidup.

Lagi tension bila sekarang ni hari2 topik kahwin.mana taknya, rakan2 seperjuangan aku 92% dah bertunang, berkahwin, n beranak pinak.yang tinggal pun boleh bilang dengan jari.tp diorang kompom ada pasangan.aku macam mana?

aku masih menunggu pada jawapan yang belum pasti...............................M.a.R

31 January 2011

Lagu YanG Ku CinTai.......

Dulu aku amat jatuh cinta dengan lagu "sofea jane" nyanyian black mentor. memang suka sesangat.mungkin masa nia aku terlalu mengharap pada sidia M.A.R.masa ajl yang lepas pun aku berharap sangat lagu tu boleh menang.tak dapat juara, no.2 pun takpe lah...tapi hampeh betul, tak menang apa pun.juri tak sependapat dengan aku pun.huhuhu.....

Tapi lepas aku tengok citer "la ikra ha fiddin" lakonan amani dan zachery francis kat astro prima, aku terus jatuh cinta dengan 1 lagu nyanyian ayushita ( penyanyi indon ) tajuk "tuhan beri aku cinta".lagu ni memang sesuai untu aku layan di kala aku kesunyian. lirik dia memang menyentuh hati aku.sedihnya......


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

BiLa LaGI......?

Bersempena dengan cuti gong xi fa chai yang akan datang ni ( 3&4/02/2011 ), banyak kami terima undangan perkahwinan. antaranya jiran @ sepupu, anak arwah kawan baik ayah, anak kawan baik tok, anak sedara kakzie, n ada 2 3 tmpat lagi yang aku pun tak brapa kenal sangat. semoga berbahagialah diorang semua.

Berkaitan dengan kenduri yang aku paling lemas ialah selalu jumpa kenalan di tempat kenduri, antara soalan yang aku selalu tembak :

- yang ni bila lagi nak kenduri?
- duk tunggu apa lagi?
- bila nak kahwin?
- takda calon ker? kami nak rekemen...(yang paling pedih)

Banyak lar lagi soalan yang aku selalu kena (lebih baik lupa). aduh...kekadang sampai malas nak pi kenduri. sebab tu lah kalau kenduri yang dekat kampung aku, aku malas pergi. cmna la aku nak mengatasi situasi ni sedangkan aku mmg takda calon. nak cari calon suami bukan macam beli baju kat the store. jumpa yang berkenan, terus beli. tapi yang melibatkan soal hidup dan mati.

Aduh.....berat mata membaca berat lagi hati yang menanggung. kekadang aku kesian kat mak aku. pi mana semua orang duk tanya.yelar...aku n kak aku mmg dah patut kahwin tapi masih lagi membujang. macam mana ek.tolong.......................!!!!

18 January 2011

HobbY bAru....

Semenjak dua menjak ni, aku baru sedar aku ada hobi baru. hobi membuat kad kahwin. suka sangat mereka kad kahwin. asalnya dengan mereka kad kahwin paksu aku la. mula2 tu survey internet gak la kat internet cmna org buat kad kahwin. fuhh....dasyat sangat.mmg pakat.tak terlawan aku.aku pun mencuba n mencuba n hasilnya beginilah........

lawa tak....hehehe...ciplak idea orang je.tgk dlm internet

pelan ni buat sendiri tau. jangan tak percaya. tp pelan ni tak leh lawan pelukis pelan lar......


kad kahwin di atas td ada 2 fasa.yang td fasa exclusive. yang ni plak fasa budget....fasa budget ni hanya untuk geng2 ofis jer. mmg budjet ler sebab yang td 1 helai 1 kad jer tp yang pi 1 helai 2 kad.memang save 50% lar....



Selesai buat kad nie, anis lak suh aku buat kad jemputan untuk majlis akhir tahun kelas dia. bila dah minat memang best ar buat. yang paling syok anis ngaku lak kad ni dia yang buat pastu suh aku tulis "create by anis".apa punya budak.what ever lah.ni lah hasilnya.....
kad ni simple sangat sebab last minute punya kes. hehehehe..............


ni yang paling best. rupanya ada orang minat kad yang aku buat. kakzie (ofismate) tempah untuk perkahwinan anak sedara dia di Kodiang, Kedah. hehehehe.....syoknya bila ada org suka hasil nukilan aku. ni lah hasilnya...........


memang best hobi ni. moga berkekalan...............


02 January 2011

nEw AuntiE


Selamat pengantin baru buat shukur (paksu aku) n miza...diorg selamat di ijabkabul pada 05.12.2010. majlis resepsi sebelah perempuan berlangsung pd 18.12.2010 dan sebelah lelaki lak pada esoknya 19.12.2010. mmg best sesangat kenduri ni....pakcik n makcik taja set pelamin n mjang lak taja set bilik tido, aku lak taja hantaran, doorgift n kad kahwin jer. seronok nyer....nanti time aku ada penaja ker? hehehehe.......untuk kenduri ni aku ambik cuti 2 hari awal. aku seronok bila kami sekeluarga bekerjasama untuk kenduri ni.

MAJLIS AKAD NIKAH 05.12.2010

berdebar-debar

2 kali lafaz gak la

debaran menunggu

senyuman terakhir sebagai title 'bujang'

cincin akad nikah

sebelah perempuan

doa selamat

akhirnya dah dapat 'permit'

sudah bergelar suami isteri

MAJLIS RESEPSI SEBELAH PEREMPUAN 18.12.2010












MAJLIS RESEPSI SEBELAH LELAKI 19.12.2010

meja makan ciptaan pakcik

pelamin ciptaan pakcik n makcik

set bilik tajaan dan ciptaan sepenuhnya oleh mjang laila






mY nEw CousiN...........

Tanggal 15.12.2010 aku dapat sepupu baru. namanya SITI NUR ATHIRAH.lahir dengan berat 1.9kg jer. so kena tahan lar di wad dulu lar. adi (sepupu aku 8thn umur dia) xcited sangat sebab katanya nama tu sama dengan "marka" dia di sekolah.dia asyik duk panggil "cik ah" jd kami pun terlekat panggil "cik ah". apa-apa pun, CIK AH, WELCOME TO THE WORLD.........

jeng... jeng... jeng... otromen dah datang

argh... mengantoknya

aku akan tido n tido

dah mcm2 post cik ah tido

bukan maknya tp kakaknya siti nur syafika

Heppy New Year 2011

Selamat tahun baru 2011 dan selamat tinggal 2010. terlalu banyak kenangan di tahun 2010 samada pahit ataupun manis. yang manis ofcourse aku akan tersenyum sorang2 bila ingatkan dan yang pahit tu macam nak nangis jer n mcm nak delete dr ingatan. untuk tahun 2011, aku berazam untuk menjadi labih baik dr tahun 2010. yang teruk aku akan perelokkan, yang dah elok akan aku memperbaguskan lg, yang dah bgus aku akan make it perfect.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails