Pages

besday

Lilypie Kids Birthday tickers

16 March 2011

OH.....BLACKBERRY


aku memang tak pandai saving duit la. aku baru pakai blackberry 9870 (bold 3) tak sampai sebulan terus swap dengan bdk uitm n topup rm450.00. kalu tau kat mak aku....habis la aku...

aku jual bb tu ada banyak sebab
- rumah aku susah untuk coverage 3g celcom
- nak pasang internet di hp sangat mahal (celcom pekej 50 + 68 = rm118 setiap bulan)
- bb sebenarnya tak banyak funtion
- wifi dia kalu tmpat yang line tak clear dia akan tolak duit ( sebagai bukti bill aku kena rm90.00 lebih kerana aku buka wifi di langkawi seaview)

so aku ambik langkah untuk jual....aku swap dengan nokia e72 dengan seorang budak uitm (baik sangat dah macam adik sendiri)....rugi ckit ar sebab hp aku blm ada calar lg tp hp dia dah ada ckit tp masih berkeadaan elok.

bukan aku tak menggalakkan korang untuk tidak membeli bb bold 3 tp jangan jd cm aku. beli terus tanpa survey......

05 March 2011

Citer ALBINO plak.......!!!!

Salam...
Lama tak tulis blog. busy sesangat.keja banyak lar... mana dengan partner keja yang tak boleh bekerjasama n malas.

Semalam ada 1 lg crew datang rumah untuk shooting drama ALBINO insyaAllah akan ditayangkan pada bulan Jun di TV2. cerita ni mengisahkan seorang budak yang berpenyakit albino ditinggalkan oleh ayahnya kepada keluarga angkat sejak kecil. pabila anak ni dah remaja, dia nekad untuk mencari ayah kandungnya di atas dorongan keluarga angkatnya. kononnya citer ni perjalanan dari perlis hingga ke johor lah dia mencari ayah kandungnya.

crew yang datang kali ni sorang pun au tak kenal.pelakon2 tu plak aku cuma kenal muka ja.nama langsung tak ingat.yang kenal cuma sorang iaitu ZAIDI OMAR yang memegang watak sebagai pak harun iaitu ayah angkat kepada bdk si albino ni.


aku tak candid pun gambar diorang sebab diorang banyak shooting time aku keja.so saja2 nak minta tangkap gambar mmg aku malas ar. so apa2 hal korang tunggu lah kecumculan citer ni ek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails